Selasa, 5 November 2013

Ciri-ciri Cloud Computing


1. On-Demand Self-Services ( perkhidmatan sendiri di atas keperluan )
Sebuah perkhidmatan cloud computing harus dapat dimanfaatkan oleh pengguna melalui  mekanisme perkhidmatan diri dan langsung tersedia pada saat diperlukan. Campur tangan penyedia layanan adalah sangat minimum. Jadi, apabila kita memerlukan perkhidmatan aplikasi CRM (sesuai contoh di awal), maka kita harus dapat mendaftar dengan sendiri dan perkhidmatan tersebut akan tersedia pada waktu itu juga.

2. Broad Network Access ( akses jaringan yang besar )
Sebuah perkhidmatan cloud computing harus dapat diakses dari mana sahaja, bila-bila masa sahaja, dengan alat apa pun, asalkan kita terhubung ke jaringan perkhidmatan. Dalam contoh layanan aplikasi CRM di atas, selama kita terhubung ke jaringan Internet, saya harus dapat mengakses perkhidmatan tersebut, sama ada laptop, desktop,  handphone, tablet, dan peranti lain.

3. Resource Pooling ( sumber pengumpulan ) 
Sebuah perkhidmatan cloud computing harus tersedia secara terpusat dan dapat memberi sumber daya secara efisien. Oleh kerana cloud computing digunakan bersama-sama oleh berbagai pelanggan, penyedia perkhidmatan harus dapat membahagikan beban secara efisien, sehingga sistem dapat dimanfaatkan secara maksimal.

4. Rapid Elasticity ( keanjalan yang pesat )
Sebuah perkhidmatan cloud computing harus dapat menaikkan (atau menurunkan) kapasiti atau muatan sesuai dengan keperluan. contohnya, apabila pegawai di pejabat bertambah, maka kita harus dapat menambah pengguna untuk aplikasi CRM tersebut dengan mudah. Begitu juga jika pegawai berkurang. Atau, apabila kita menempatkan sebuah website berita dalam jaringan cloud computing, maka apabila terjadi peningkatkan traffic disebabkan ada berita penting, maka kapasiti harus dapat dinaikkan dengan cepat.

5. Measured Service ( perkhidmatan diukur )
Sebuah perkhidmatan cloud computing harus disediakan secara terukur, karena ianya  akan digunakan dalam proses pembayaran. perkhidmatan  cloud computing dibayar sesuai dengan penggunaan, dan ianya haruslah terukur dengan baik.

Contoh teknologi cloud


Satu contoh teknologi cloud iaitu dropBox. DropBox merupakan kombinasi fail dan melakukan perhubungan rangkaian dengan gadget lain. Contohnya apabila  kita menggunakan Windows, Mac OSX, Android, ataupun alat yang lain, kita boleh mendapatkan berbagai fail melalui DropBox.  Paling mudah adalah perhubungan rangkaian secara automatik atau kita memasukan ke dalam fail orang lain. Contohnya, saya memiliki project mini games yang bernama War target games. Folder  War target games tersebut saya kongsi menggunakan DropBox ke  programmer, designer, composer, dan lain-lain. Sekiranya ada yang menambahkan fail baru ke dalam folder tersebut di komputer miliknya, saya akan menerima file tersebut ke dalam komputer milik saya secara automatik. Oleh karena itu, DropBox pada masa ini menjadi tools yang sangat penting untuk proses perkembangan perkongsian maklumat terkini melalui alam maya.

Kelebihan Cloud Computing

1)   Dapat berkongsi data dengan pengguna lain.
2)   Mengurangkan beban membawa peralatan seperti External hardisk atau pendrive.
3)   Memudahkan akses perolehan  data di mana sahaja.

Kelemahan Cloud Computing

1)   Data peribadi mudah diakses oleh pengguna lain.
2)   Tidak boleh memperolehi data jika tidak mempunyai talian internet.
3)   Saiz penyimpanan data yang terhad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan